Friday, May 21, 2010

AKU DAN DIA.

1 responds
Aku + Dia = Kami. Kami tiaptiap hari gaduh. Well, tak la tiaptiap hari. But almost tiaptiap hari. Pasal benda kecikkecik pun boleh jadi besarbesar. Dan ya, kebanyakkan pergaduhan berpunca dari dia. Aku tak bersalah okeee! Fine, tipu. Selalunya memang salah aku. Aku memang keras kepala sampai dia naik keras. Erkk.. keras? Ok berhenti. Jangan fikir bukanbukan.(apakah?)


Yang aku nak cerita sebenarnya bukan pasal keras. Yang aku nak cerita adalah pasal satu movie-ape-tah-aku-lupa-tajuk. Julia Robert dan Brat Pitt berlakon. Julia Robert dan Brat Pitt ni pasangan kekasih. Oleh sebab aku tak tengok cerita tu dari awal jadi aku tak faham apekah Brat Pitt ni punya kerja. Yang aku tau, kalau dia nak lepaskan diri dari orangorang jahat dan live happily ever after dengan Julia Robert, dia kena buat satu tugasan akhir. Kalau success, he's free to go. But then, dia ada conflict pulak dengan Julia Robert ni sebab dia dah janji yang tugasan sebelum ni adalah tugasan terakhir. So, ape kes langar janji kan? Tapi nak buat macam mana. Kalau tak buat, mati la jawapnye. Tugasan-kedua-terakhir dia ni senang je. Pergi Mexico(kalau tak silap aku la), pergi kat satu bar ni, ambil satu pistol, bawak balik, bagi kat bos, dah siap. Mudahkan? Hahaha.. Sambil korek hidung pon boleh settel. Tapi kalau senang macam tu, tak la jadi cerita kan? So, macammacam jadi kat Brad sepanjang dia nak menjayakan tugasan-kedua-terakhir dia ni dan menyebabkan tugas semudah korek hidung tadi jadi sepayah korek bontot kau.(ye, kau!).

Oleh sebab tugas mudah macam tu makan masa berminggu minggu, bos Brad ni mulalah syak yang si Brad ni nak berpaling tadah. Jadi, ape dia buat, dia panggil sorang pembunuh merangkap orang bawahan dia, cari Julia, jadikan tebusan supaya Brad ni bawak balik jugak pistol tu tak kira apa cara sekalipun. Yang pelik dan kelakarnya, pembunuh kejam ni, hati tisu. (sobsob!). The rest of the story korang cari la sendiri ok? Aku malas dah nak cerita.

Aku nak cerita yang ini, ada satu part tu, pembunuh tu tanya dekat Julia, 'When you love someone so much, but you can't stand them anymore, how did you know when enough is enough?'. Aku tak ingat ape jawapan Julia. Soalan yang sama dia tanya balik kat Brad time dia orang nak berpisah. Dah nak habis cerita ni. dan jawapan Brad adalah.......





"NEVER.. THEY'LL NEVER HAD ENOUGH.. NEVER.."



Aku sangatsangat suka dengan jawapan tu. Sebab, tiaptiap kali aku tanya soalan "kenapa-aku-masih-stay-dengan-mamat-ni?" tiaptiap kali kiteorang gaduh, pada diri sendiri, tu la jawapan yang aku jawap untuk diri sendiri. Aku tak perlu jelaskan kan? Korang dah faham kan? =).. Sayang, I love U.. So damn much. Tak kira la banyak mana kita gaduh, banyak mana salah faham, banyak mana I jeritjerit kat U, banyak mana I cakap I tak mau U, banyak mana I tak mau angkat call U, I tetap tak boleh pergi manamana tanpa U. Tetap tak boleh hidup tanpa U. Tetap mau U dan U aje. I want to be yours forever.

Dan ya, aku tau aku jiwang. Love change people kan? Shit! Maluu...

TUJUAN UTAMA?

0 responds
Yupp.. Tujuan utama aku buat blog cumalah untuk baca blog orang lain. Atau dengan kata lain, blogwalking. Aku senang macam tu. Banyak ilmu aku dapat bila blogwalking ni. Perhatikan pandangan orang lain. Perhatikan gaya hidup orang lain. Walaupun dari alam maya ni kan. Dan selalunya aku akan follow orang tu secara private. Secara tak langsung menjadi silent reader tapi tak la sampai tahap stalker kan. Haha.. Tapi hari ni, hari ni aku tibatiba rasa macam nak update. Hmm.. Mungkin akan jadi rajin meng-update selepas ini ye.. Mungkin jela.

Dan,, aku sekarang ni sedang menternak babat di rumah kerana musim cuti sem sedang berlangsung. Doakan aku berjaya menahan godaan segala apa yang boleh membenarkan babat membiak dengan jayanya. OK?