Friday, December 24, 2010

ok fine!

3 responds
Haih~

Ni semua bahana aku cerita kat family yang aku dah ada blog. Oh tidak! betol la. Jangan kata adik aku je, sepupu aku, sedara aku, sampai ke mama aku pun nak buat blog. Pastu pakat ramai ramai dok baca entri merepek aku. Haish! ( macam banyak sangat je entri aku kan? ) *sila abaikan*

Takde la kan. Aku bukan tak suke diorang buat blog. Ada kebaikkan ada keburukan. Dengan blog ni boleh dapat banyak ilmu bila blogwalking. Tu pun kalau kau baca blog yang berilmiah la kan. Macam aku. Sila percaya. Dan keburukan pun tak kurang banyak jugak. Blog gay bersepah sepah. Blog lucah jangan cakap. Blog dok kondem orang politik la. Erkk,, macam mana aku tau pasal blog gay? Ehehe~ Diam!

Kalau macam aku la, minat aku lebih pada membaca, bukan menulis. Bak kata sapa tah, “ I’m a reader not a writer.” Bila aku bukak blog, selalunya aku cuma blogwalk. Jarang sangat aku buat entri.

So, entri ni khas untuk Budak Bushuk and Adib Nacaca. Haha. Pesan untuk korang, buat entri tu jangan nak tulis macam korang tengah main message. Banyak sangat shortform. Pening orang nak baca. Kalau nak tulis dalam blog, tulis penuh ok? Tapi tak payah la sampai nak jadi tahap karangan Bahasa Melayu pulak kan. Elakkan ‘pulak jadi plk’ ‘dah jadi dh’ dan sebagainye. Lepas tu tak payah nak titew titew sangat. W tu sangat annoying. Haha. Marah letewww.... Babai.. ^.^

Friday, December 10, 2010

Ini untuk Shyira Khaidir

0 responds
emira aziz :
terima kasih sebab ajar saya banyak benda.
saya jugak minta maaf sebab kadang - kadang memerhati kan terlalu banyak benda tentang diri kamu.
saya cari kelebihan kamu.
saya suka keberanian kamu dan level confident kamu.
saya suka kamu yakin ketika bercakap.
saya selalu minta pandangan kamu sebab saya rasa pandangan kamu berguna bagi pengetahuan saya.
saya suka berkawan dengan kamu.
saya jugak suka bila kamu tanya bagai mana dengan saya.
saya jugak belajar supaya tidak pernah berkira dalam bersahabat.
saya juga suka bila kamu belajar control tahap kemrahan kamu terhadap keli .
saya jugak belajar supaya tak ambil hati .
saya suka gelak bersama kamu.
dan saya juga suka berbual dengan kamu.
saya suka bila awak tidak berkira dengan saya,
saya suka keluar bersama kamu dan kita ambil picture bersama- sama.
kadang - kadang saya gelak tengok awak gelak.
saya rasa awak dalam sejuta.
tade orang yang sifat seperti awak.
boleh ker saya cari lain seprti awak.
Jawapannya ya tidak.
saya gembira bila awak gembira.
saya jugak suka bila awak terlompat - lompat bila keli mahu balik.
saya suka awak protect kami,
saya minta maaf jika saya tak berdaya nak nak protect awak,
tapi saya akan berusaha,
saya suka bila awak berkemban ketika mandi.
saya suka ketawakan awak!
saya suka kenakan awak jugak!
saya jugak suka tengok awak.
saya suka main rambut awk  . lembut. Herbal essense.
saya suka bila awak bagi saya coklat.
saya suka awak!

Haha. Aku amek ni dari Shyira Khaidir punya blog. Dia tak suka blogspot so dia pakai blog.com. Shyira comel, tengs ya. I love you too. Kamu sangat comel. Saye geram je dengan kamu. Haha.




Nak balas bole?




Shyira Khidir;
I suka u ketawa. Hak3! Hak3! Sangat comel tau?
I suka bila u tak kesah pasal semua benda. Walaupun kadang kadang i tau u terasa or tak senang tapi u berusaha tok tak kisah n tak berkira.
I suka u berusaha tok jadi kawan yang baik, and believe me, u are a good friend.
I suka bila u tido u tutup muka u dengan bantal or rambut  supaya kiteorang tak nampak air liur u meleleh. Hahaha.. =P.
I suka u jerit ‘Wafi’ time i dengki u.
I suka u addicted pada game. U berusaha tok menang. Tu menunjukkan betapa u taknak putus asa. Walaupun nyawa dah tinggal satu. Dah nak mampus tu kan. Heee..
I suka bila u tanya i pasal something yang u nak tau and bila i terangkan, u dengar dengan tekun gila pastu bila dah faham u cakap “oooo.... macam tu e?” comel je..
I suka bila u masakkan i meggie sebab u tau i lapar tapi malas nak masak sendiri.
I suka bila u panggil i Bubu time kaki i sakit and i tempang.
I suka bila tengok u excited pada satu satu benda. Macam kanak kanak. Sangat berminat.
I suka tengok u makan apa apa yang sedap. Nanti mulut u bising. Hak3! (Bile kite nak makan sushi?)
I suka cara u cakap. Comel.
I suka bila u nak coklat i pastu u tanya i bila nak makan coklat ni sebab u nak sikit.
I suka tengok u dengan Wafi. U manja dengan dia tapi segan nak tunjuk. Hak2.
I suka bila i tepuk dahi u, u jerit ‘tak boleh terima!! Tak boleh terima!!’ sambil tutup dahi u.
I suka tengok u bangun bangun keluar bilik sambil bawak bantal busuk.
I suka u jugakk..
Kawan sampai mati ok?
=)

....

0 responds
1 Year, 1 Month, 3 Weeks, and 4 Days


This Is When Forever Starts to End

Sunday, November 21, 2010

Batik

0 responds
Aku duduk online dalam bilik tadi. Shyira keluar dengan Wafi. Bella tengah baca buku dalam bilik dia. Farra aku tak tau buat ape dalam bilik. Rasa haus lak tetiba. Keluar bilik pergi dapur nak minum air. Tiba-tiba aku nampak something gerak-gerak bawah peti ais. Amende jadah uh?! Aku jenguk la. Oh mak kau! ULAR!! ULAR tahu?! Tak tau? Snake tau? Ha,, snake la. Otak die. Agak besar jugak la. Panjang dalam 2 meter. Ular sawa batik kot. Aku tak sure sangat. Mengelabah kejap. Nasib baik la ular sawa. Kalau ular tedung tak ke dia patuk kaki aku? Koma tak pasal-pasal.

Aku terus call Raub. Suruh dia datang. Alep boy Farra pun datang. Raub datang dengan Remy. Nasib baik Shyira keluar nan Wafi. Dia tu dah la badi ular. Kang kalau dia yang jumpa kang hysteria tak pasal-pasal. Kecoh kejap satu rumah. Si Bubu lak boleh tengok je ular tu an. Takde wat pape. Tak guna punya kucing! Ular tu macam cedera. Macam takut-takut. Maybe kena langar pastu cari tempat nak berlindung aku rasa.

Raub dengan Remy sampai. Tapi tak buat ape-ape. Penakut! Remy tu harap badan je bagong. Sial je aku. Haha. Last-last, aku dengan Alep jugak yang handle. Ketuk-ketuk, kais-kais dengan kayu. Ular tu memang dah lemah gila. Jap lagi dengar orang bagi salam. Aish! Shyira balik pulak. Suruh dia masuk dalam bilik, duduk diam-diam. Tapi tak bagi tau dia kenapa. Dia dah pelik an. Lantak la. Lagi bagus dia tak tau daripada dia histeria tak pasal-pasal. Kan?

Bawak ular tu keluar. Farra, Bella, Raub nan Remy duduk jauh-jauh je an. Ish2.. Kat luar, ular tu gerak sikit-sikit je. Pastu japlagi tengok dah kiok. Kesian aku tengok. Raub tak habis-habis nak jual ular tu. Sengal. Shyira nak keluar, aku tak bagi. Seboleh-boleh nak tau ade ape kat luar. Nak tau sangat aku bagi la tau. Dengar je aku cakap ade ular, terus jerit. Terus histeria. Tu baru aku cakap, belum dia sendiri tengok lagi. Haih, tak pasal-pasal.

Aku sempat posing-posing ambik gambar lagi ngan ular tu. Aku ngan Alep je yang berani. Raub ngan Remy hampeh. Yang pompuan nye jangan cakap la kan. Hehe~~



Masa ni dah mati kot. Ke living-living fish, tak sure.



Alep.

Last-last, letak ular tu dalam beg plastik hitam, letak kat dalam baldi besar kat luar. Tak tau nak buat ape dah dengan ular mati tu. Tengok la macam mana. Ni kalau abah tau ni kompem dia bising. “Macam mana ular boleh masuk rumah pulak ni,, bla bla bla...” Haih~

Rindu

0 responds
Sejak phone Encik Kely rosak, kiteorang jarang sangat dapat contact. Rindu sangat. Rasa macam nak pergi Shah Alam je jumpa dia. Aku tak biasa macam ni. Aku tak suka jauh jauh dengan dia. Aku perlukan dia. Macam aku perlukan mama, abah aku. Dia dah jadi sebahagian dari hidup aku sekarang. Aku rindu dia. Sangat-sangat. Haih.. terjiwang pulak..

Wednesday, November 10, 2010

Hangin Satu Badan?

4 responds
Ehehe. Mama kalau baca sila jangan gelakkan orang! Hadoi la. Aku ni memang terkenal dengan aku punya baran. Kat rumah nak mengamuk dengan adik-adik. Kat rumah sewa nak mengamuk dengan budak rumah. Kat telifon nak mengamuk dengan Encik Fadzly a.k.a Kely. Macam mana la orang boleh tahan dengan perangai aku kan? Aku punya baran pun bersebab. Tapi kalau keje kau asek nak mengamuk je, sape boleh tahan kan? Haih. Aku rasa budak rumah dah pedih telinga dengar aku mengamuk. Bella, Shyira, sorry ya.

Kalau ikutkan, jarang aku baran tak bersebab. (Mama, jangan cakap pape. Betol la ni! Bwerkk!) Tapi sejak dua menjak ni aku asek nak marah-marah je. Nak kata nak datang bulan, baru je lepas. Sisa-sisa? Waklu.

Kadang-kadang pening dengan perangai sendiri. Meh aku list-kan kenapa agaknya perangai aku jadi macam ni.

1.       Stress nak exam?
Tak rational langsung pada aku. Setakat aku hidup 19 taun ni aku rasa aku tak pernah kecut kalau nak exam. Esok nak SPM ari ni aku main True or Dare ngan kawan-kawan asrama dulu. Orang kata buat lepas tention. So tak mungkin aku stress sebab nak exam.

2.       Nak datang bulan?
Aku rasa dah terangkan kat atas tadi.

3.       Rumah banyak nyamuk?
Tak mungkin la bagi kesan kot kat aku. Paling-paling aku maki nyamuk tu pastu sembur Shieldtox laju-laju pastu buat muka puas hati tengok nyamuk sume terkulai mati. Kalau stress pn kejap je. Takde stress jangka masa panjang pun.

4.       Gaduh dengan Encik Kely?
Pun stress kejap je. Takde la nak mengamuk bagai kan. Aku kalau gaduh ni banyak diam. Sebab aku tau kalau aku bukak mulut elak-elak ade orang kena maki free. Tak payah bayar-bayar. Lagipun gaduh kejap je. Dia mana bole kalau aku takde lama-lama. Haha. (berlagak!)

5.       Beg duit ade tapi duit takde?
Ini boleh jadi penyebab ni. Haha. Ma! Nak duit! Lalalala~ haha. Takde la sampai macam tu skali kan. Aku boleh hidup lagi lau takde duit lau stakat kat BP ni. Kolej dekat je dengan rumah. Bukan jauh sangat nak menapak. Makan? Megi suda. So, takde sebab aku nak marah-marah kalau pasal duit. Duit tak bawak mati takk.



Aku rasa aku tak jumpa dah sebab-sebab lain yang berkemungkinan buat aku stress. So, kesimpulannya, aku baran tanpa sebab la ni?! Fine! Mama menang! Taknak kawan!

Saturday, November 6, 2010

B untuk ?

0 responds
Hari Selasa depan dah start exam. Ouh stress kejap. Rasa macam buku tu da bosan dok hadap muka aku. Si Encik Kely plak telah berjaya menghempas henfon beliau sampai berkecai pastu nyesal sebab susah nak kontek nan aku. Padan muke die. Padan muke aku jugak sebab buat dia marah pastu rindu gile. Huh. Padan muke duadua. Rindu ouh! 

Tahu tak aku belom amek slip exam? Kambeng la weh! KPTM memang sume lembab eh? Mulamula CMS aku problem. Tak boleh nak bukak. Lepas tu dah pergi adu, dia kata lepas ni da bole bukak. Tak boleh ponnnn.... Aku nak buat SIE macam mana kalau CMS tak bole bukak?! Nak amek slip macam mane kalau SIE tak buat lagi. Hari selasa nak exam hari isnin baru nak setelkan ke prob aku?! Aku buat aduan kang ade mulut bacen bau taik cakap "Awak tak layak nak persoalkan system bla bla bla..," Oh pergi mati lah! 

Tibatiba rasa macam perengan first n second macam takde kene mengene. Haha.. Copcop. Ade lah. Duadua buat aku bengang! BENGANG wehh...

Friday, October 22, 2010

Oh sangat tidak adil!!

0 responds

Hari Khamis kelas aku memang sangat sikit. Dan yang sikitsikit tu boleh banyak batal minggu ni sebab lecturer semua tengah busy dengan ISO report. Heaven betol. Kelas Penngajian Malaysia selalunya buat present hari Khamis. Group aku sepatutnya present minggu depan. SEPATUTNYA ok?! Boleh pulak sir tibatiba cakap, "Esok group awak present.." Dan esok tu hari ni lahh. 8.30 kejap lagi. WTF!!!!


Aku tak siap lagi tahu takk?! Dah la topik group aku paling susah. PALING susah tahu?! Banyak gila nak kena cover. Tak adil tak adil!! 

Mana nak cari pasal DEB lagi, Rancangan Malaysia lagi. Ingat rancangan malaysia tu sikitsikit punya kerja ke? Haih~

Yang aku ni pon satu,, tengah busybusy ni sempat lagi nak update. Hehe.. Oh sambung reserch! Byebye..

Friday, October 15, 2010

15.10.2010

0 responds
Happy First Anniversary sayang. 
I love you with all my heart. 

Tuesday, October 5, 2010

Un-sangka-rable

0 responds
Jumaat lepas, aku sepatutnya balik JB. Tapi tiba-tiba dapat berita yang ada budak kolej aku excident. Couple. Yang lelaki ni pernah satu kelas dengan aku masa Sem 1. Awek dia aku kenal. Tapi perempuan tu tak suka aku. Tak suka aku kawan dengan boyfriend dia maybe. Bukan aku nak ngorat pun. Huh! Hmm.. Bila aku dengar diaorang excident, aku dari nak balik JB terus melencong ke hospital. Terasa macam perlu nak jenguk. Katanya teruk. Terus tak jadi nak balik JB.
Aku sampai je kat hospital, terserempak dengan si pakwe ni. Tanya, awek kau mane? Dia ok? Dia kata tak tau. Aku tengok tangan dan kaki dia luka. Boleh jalan lagi. So otak aku fikir, awek dia mesti ok gak ni. Tak teruk sangat kot. Tapi bila sampai wad, perempuan ni tengah terbaring atas katil. Tak sedar. Nurse kate limpa dia pecah. Baru keluar OT time tu. I was like, WHAT? THAT bad?
Aku pergi kat tepi katil dia. Pandang muka dia. Woh, macam nak nangis. Even dia tak suka aku tanpa sebab, aku tetap rasa semacam. Aku pun tak tau kenapa. Perempuan ni selalu tergedik-gedik. Nampak aku mesti jeling. Kalau dengan pakwa dia mesti manja habis. Gelak dia comel-comel. Tapi hari tu dia cuma baring. Terbaring tanpa expression.
Tak lama lepas tu, kroni-kroni dia sampai. Dakdak ni pun tak ngam ngan aku. Tapi aku buat dang jela. Salamsalam. Bualbual sikit.
Yang paling aku pelik, aku yang tak rapat dengan dia ni rasa macam nak nanges tengok perempuan tu terbaring macam tu, kawankawan 'BAIK' dia ni boleh gelakgelak tepi katil. WTF? Takde perasaan ke wehh??! Frustrated.
Time aku blah, dia masih tak sedar. Aku doakan dia cepatcepat baik. Aku rindu nak tengok dia jeling aku. Haha. Bialah dia tak suka aku pn. Aku bukannya peduli. Kau manusia aku pun manusia. Buat apa nak berkira sangat kan? Get well soon ok? ^_^..

Sunday, August 8, 2010

Heartbroken

0 responds
Menangis sebab tengok kawan patah hati. Kau pernah rasa? Aku bukan jenis, kalau kawan menangis, aku menangis sama. Tak. Aku tak macam tu. Bukan aku tak sedih tapi memang jenis aku tak suka nangis depan orang. Aku nangis depan cermin, dalam bilik, sorangsorang. Tapi kali ni aku tak tahan. Dia nangis, air mata aku sibuksibuk nak join sama. Maybe sebab dulu aku tak tau lagi cinta tu apa so aku macam tak dapat nak faham perasaan terluka tu. Serius, aku benci perasaan tu. Aku macam dapat rasa apa dia rasa. Bukannya aku pernah rasa tapi, entah lah. Dan untuk kau jantan bodoh, if you want to keep it, take care of it. If you don't want to take care of it, let it go so that someone else can keep AND take care of it. Use your brain you fucking moron!.

Wednesday, August 4, 2010

Mane Pergi Hidup Kau?

0 responds
Housemate aku balik dengan hati tak berapa nak senang tadi. Nasib baik laptop ni menghadap pintu masuk so aku nampak muka dia waktu dia masuk rumah. Aku malas nak sibuk hal orang.

'Kau kenapa?' Heh. Malas nak sibuk?

Aku skip terus ke part dia cerita. Tak kan nak aku taip pasal waktu aku pujuk dia pulak kan?

'Aku keluar dengan Hazik (boyfriend dia ) tadi. Kau tahu dia cerita kat aku yang budakbudak rumah dia reject dia.'

'Eh? Kenapa?'

'Diaorang kata Hazik selalu lebihkan aku. Selalu bagi aku pinjam kereta semua.'

Warkah untuk housemate Hazik;
Salam Satu Malaysia,
Aku tak pernah tau pulak manusia bangang macam tu betulbetul wujud. Weh kau, ada otak sila guna ya? Jangan letak kat bontot. Kau ingat tak time kiteorang lepak hari tu? Aku ngan Shyira ikut Hazik dengan Bella pergi lepak. Kau call Hazik cakap apa? "Weh, kau balik sekarang, aku nak pakai kereta." Kalau kau ada bayar sewa kereta tu aku tak kisah. Ni kau buat harta orang macam kau punya. Eh, bapak kau tak ajar eh? Hazik balik sematamata sebab kau nak pakai kereta. Tu pun kau cakap dia lebihkan awek? Itu baru satu kes tau. Kau ingat tak time Hazik dah janji nak dating dengan Bella tapi tak pergi sebab kau nak pakai kereta? Bella merajuk seminggu. Hazik macam orang kene sawan dah aku tengok. Tapi sanggup mungkir janji demi kau, member dia. Tu pun kau masih cakap dia lebihkan awek? Banyak lagi kes tahu? Kau tahu tak yang kau nampak sangat bodoh sekarang ni. Kau jealous ke ape? Kau takde awek so bila orang lain keluar dengan awek kau seboksebok macam bodoh. Tak pun kau gay. Kau suka Hazik ya? Sebab tu gersang sangat tak sabarsabar nak suruh Hazik balik. Bodoh! So, daripada kau buat diri kau nampak macam bangang, apa kata kalau kau pergi tolong Pak Ya tangkap budakbudak tengah main geligeli? Terisi jugak la masa lapang kan? Sekian. Salam Satu Malaysia.


Hidup orang tade awek ni memang pathetic eh? Heh.

Monday, August 2, 2010

Outside The Box

0 responds
Aku : Kau taknak buat fesbuk? Senang weh nak contact kawankawan lama.

Dia : Tak nak aku.

Aku (dalam hati jela) : Gila kuno budak ni. Katak bawah tempurung betul la. ( kene bagi peribahasa sikit. baru nampak kononkonon stylo)

Dia : Fesbuk tu worldwide. Buat apa nak dedahkan maklumat diri pada Amerika? Siapa kita, siapa kawankawan kita, siapa sedara kita, siapa makbapak kita. Easy access. Senangsenang je diaorang tahu. Taknak aku.


Dem!

Friday, May 21, 2010

AKU DAN DIA.

1 responds
Aku + Dia = Kami. Kami tiaptiap hari gaduh. Well, tak la tiaptiap hari. But almost tiaptiap hari. Pasal benda kecikkecik pun boleh jadi besarbesar. Dan ya, kebanyakkan pergaduhan berpunca dari dia. Aku tak bersalah okeee! Fine, tipu. Selalunya memang salah aku. Aku memang keras kepala sampai dia naik keras. Erkk.. keras? Ok berhenti. Jangan fikir bukanbukan.(apakah?)


Yang aku nak cerita sebenarnya bukan pasal keras. Yang aku nak cerita adalah pasal satu movie-ape-tah-aku-lupa-tajuk. Julia Robert dan Brat Pitt berlakon. Julia Robert dan Brat Pitt ni pasangan kekasih. Oleh sebab aku tak tengok cerita tu dari awal jadi aku tak faham apekah Brat Pitt ni punya kerja. Yang aku tau, kalau dia nak lepaskan diri dari orangorang jahat dan live happily ever after dengan Julia Robert, dia kena buat satu tugasan akhir. Kalau success, he's free to go. But then, dia ada conflict pulak dengan Julia Robert ni sebab dia dah janji yang tugasan sebelum ni adalah tugasan terakhir. So, ape kes langar janji kan? Tapi nak buat macam mana. Kalau tak buat, mati la jawapnye. Tugasan-kedua-terakhir dia ni senang je. Pergi Mexico(kalau tak silap aku la), pergi kat satu bar ni, ambil satu pistol, bawak balik, bagi kat bos, dah siap. Mudahkan? Hahaha.. Sambil korek hidung pon boleh settel. Tapi kalau senang macam tu, tak la jadi cerita kan? So, macammacam jadi kat Brad sepanjang dia nak menjayakan tugasan-kedua-terakhir dia ni dan menyebabkan tugas semudah korek hidung tadi jadi sepayah korek bontot kau.(ye, kau!).

Oleh sebab tugas mudah macam tu makan masa berminggu minggu, bos Brad ni mulalah syak yang si Brad ni nak berpaling tadah. Jadi, ape dia buat, dia panggil sorang pembunuh merangkap orang bawahan dia, cari Julia, jadikan tebusan supaya Brad ni bawak balik jugak pistol tu tak kira apa cara sekalipun. Yang pelik dan kelakarnya, pembunuh kejam ni, hati tisu. (sobsob!). The rest of the story korang cari la sendiri ok? Aku malas dah nak cerita.

Aku nak cerita yang ini, ada satu part tu, pembunuh tu tanya dekat Julia, 'When you love someone so much, but you can't stand them anymore, how did you know when enough is enough?'. Aku tak ingat ape jawapan Julia. Soalan yang sama dia tanya balik kat Brad time dia orang nak berpisah. Dah nak habis cerita ni. dan jawapan Brad adalah.......





"NEVER.. THEY'LL NEVER HAD ENOUGH.. NEVER.."



Aku sangatsangat suka dengan jawapan tu. Sebab, tiaptiap kali aku tanya soalan "kenapa-aku-masih-stay-dengan-mamat-ni?" tiaptiap kali kiteorang gaduh, pada diri sendiri, tu la jawapan yang aku jawap untuk diri sendiri. Aku tak perlu jelaskan kan? Korang dah faham kan? =).. Sayang, I love U.. So damn much. Tak kira la banyak mana kita gaduh, banyak mana salah faham, banyak mana I jeritjerit kat U, banyak mana I cakap I tak mau U, banyak mana I tak mau angkat call U, I tetap tak boleh pergi manamana tanpa U. Tetap tak boleh hidup tanpa U. Tetap mau U dan U aje. I want to be yours forever.

Dan ya, aku tau aku jiwang. Love change people kan? Shit! Maluu...

TUJUAN UTAMA?

0 responds
Yupp.. Tujuan utama aku buat blog cumalah untuk baca blog orang lain. Atau dengan kata lain, blogwalking. Aku senang macam tu. Banyak ilmu aku dapat bila blogwalking ni. Perhatikan pandangan orang lain. Perhatikan gaya hidup orang lain. Walaupun dari alam maya ni kan. Dan selalunya aku akan follow orang tu secara private. Secara tak langsung menjadi silent reader tapi tak la sampai tahap stalker kan. Haha.. Tapi hari ni, hari ni aku tibatiba rasa macam nak update. Hmm.. Mungkin akan jadi rajin meng-update selepas ini ye.. Mungkin jela.

Dan,, aku sekarang ni sedang menternak babat di rumah kerana musim cuti sem sedang berlangsung. Doakan aku berjaya menahan godaan segala apa yang boleh membenarkan babat membiak dengan jayanya. OK?