Sunday, November 21, 2010

Batik

0 responds
Aku duduk online dalam bilik tadi. Shyira keluar dengan Wafi. Bella tengah baca buku dalam bilik dia. Farra aku tak tau buat ape dalam bilik. Rasa haus lak tetiba. Keluar bilik pergi dapur nak minum air. Tiba-tiba aku nampak something gerak-gerak bawah peti ais. Amende jadah uh?! Aku jenguk la. Oh mak kau! ULAR!! ULAR tahu?! Tak tau? Snake tau? Ha,, snake la. Otak die. Agak besar jugak la. Panjang dalam 2 meter. Ular sawa batik kot. Aku tak sure sangat. Mengelabah kejap. Nasib baik la ular sawa. Kalau ular tedung tak ke dia patuk kaki aku? Koma tak pasal-pasal.

Aku terus call Raub. Suruh dia datang. Alep boy Farra pun datang. Raub datang dengan Remy. Nasib baik Shyira keluar nan Wafi. Dia tu dah la badi ular. Kang kalau dia yang jumpa kang hysteria tak pasal-pasal. Kecoh kejap satu rumah. Si Bubu lak boleh tengok je ular tu an. Takde wat pape. Tak guna punya kucing! Ular tu macam cedera. Macam takut-takut. Maybe kena langar pastu cari tempat nak berlindung aku rasa.

Raub dengan Remy sampai. Tapi tak buat ape-ape. Penakut! Remy tu harap badan je bagong. Sial je aku. Haha. Last-last, aku dengan Alep jugak yang handle. Ketuk-ketuk, kais-kais dengan kayu. Ular tu memang dah lemah gila. Jap lagi dengar orang bagi salam. Aish! Shyira balik pulak. Suruh dia masuk dalam bilik, duduk diam-diam. Tapi tak bagi tau dia kenapa. Dia dah pelik an. Lantak la. Lagi bagus dia tak tau daripada dia histeria tak pasal-pasal. Kan?

Bawak ular tu keluar. Farra, Bella, Raub nan Remy duduk jauh-jauh je an. Ish2.. Kat luar, ular tu gerak sikit-sikit je. Pastu japlagi tengok dah kiok. Kesian aku tengok. Raub tak habis-habis nak jual ular tu. Sengal. Shyira nak keluar, aku tak bagi. Seboleh-boleh nak tau ade ape kat luar. Nak tau sangat aku bagi la tau. Dengar je aku cakap ade ular, terus jerit. Terus histeria. Tu baru aku cakap, belum dia sendiri tengok lagi. Haih, tak pasal-pasal.

Aku sempat posing-posing ambik gambar lagi ngan ular tu. Aku ngan Alep je yang berani. Raub ngan Remy hampeh. Yang pompuan nye jangan cakap la kan. Hehe~~



Masa ni dah mati kot. Ke living-living fish, tak sure.



Alep.

Last-last, letak ular tu dalam beg plastik hitam, letak kat dalam baldi besar kat luar. Tak tau nak buat ape dah dengan ular mati tu. Tengok la macam mana. Ni kalau abah tau ni kompem dia bising. “Macam mana ular boleh masuk rumah pulak ni,, bla bla bla...” Haih~

Rindu

0 responds
Sejak phone Encik Kely rosak, kiteorang jarang sangat dapat contact. Rindu sangat. Rasa macam nak pergi Shah Alam je jumpa dia. Aku tak biasa macam ni. Aku tak suka jauh jauh dengan dia. Aku perlukan dia. Macam aku perlukan mama, abah aku. Dia dah jadi sebahagian dari hidup aku sekarang. Aku rindu dia. Sangat-sangat. Haih.. terjiwang pulak..

Wednesday, November 10, 2010

Hangin Satu Badan?

4 responds
Ehehe. Mama kalau baca sila jangan gelakkan orang! Hadoi la. Aku ni memang terkenal dengan aku punya baran. Kat rumah nak mengamuk dengan adik-adik. Kat rumah sewa nak mengamuk dengan budak rumah. Kat telifon nak mengamuk dengan Encik Fadzly a.k.a Kely. Macam mana la orang boleh tahan dengan perangai aku kan? Aku punya baran pun bersebab. Tapi kalau keje kau asek nak mengamuk je, sape boleh tahan kan? Haih. Aku rasa budak rumah dah pedih telinga dengar aku mengamuk. Bella, Shyira, sorry ya.

Kalau ikutkan, jarang aku baran tak bersebab. (Mama, jangan cakap pape. Betol la ni! Bwerkk!) Tapi sejak dua menjak ni aku asek nak marah-marah je. Nak kata nak datang bulan, baru je lepas. Sisa-sisa? Waklu.

Kadang-kadang pening dengan perangai sendiri. Meh aku list-kan kenapa agaknya perangai aku jadi macam ni.

1.       Stress nak exam?
Tak rational langsung pada aku. Setakat aku hidup 19 taun ni aku rasa aku tak pernah kecut kalau nak exam. Esok nak SPM ari ni aku main True or Dare ngan kawan-kawan asrama dulu. Orang kata buat lepas tention. So tak mungkin aku stress sebab nak exam.

2.       Nak datang bulan?
Aku rasa dah terangkan kat atas tadi.

3.       Rumah banyak nyamuk?
Tak mungkin la bagi kesan kot kat aku. Paling-paling aku maki nyamuk tu pastu sembur Shieldtox laju-laju pastu buat muka puas hati tengok nyamuk sume terkulai mati. Kalau stress pn kejap je. Takde stress jangka masa panjang pun.

4.       Gaduh dengan Encik Kely?
Pun stress kejap je. Takde la nak mengamuk bagai kan. Aku kalau gaduh ni banyak diam. Sebab aku tau kalau aku bukak mulut elak-elak ade orang kena maki free. Tak payah bayar-bayar. Lagipun gaduh kejap je. Dia mana bole kalau aku takde lama-lama. Haha. (berlagak!)

5.       Beg duit ade tapi duit takde?
Ini boleh jadi penyebab ni. Haha. Ma! Nak duit! Lalalala~ haha. Takde la sampai macam tu skali kan. Aku boleh hidup lagi lau takde duit lau stakat kat BP ni. Kolej dekat je dengan rumah. Bukan jauh sangat nak menapak. Makan? Megi suda. So, takde sebab aku nak marah-marah kalau pasal duit. Duit tak bawak mati takk.



Aku rasa aku tak jumpa dah sebab-sebab lain yang berkemungkinan buat aku stress. So, kesimpulannya, aku baran tanpa sebab la ni?! Fine! Mama menang! Taknak kawan!

Saturday, November 6, 2010

B untuk ?

0 responds
Hari Selasa depan dah start exam. Ouh stress kejap. Rasa macam buku tu da bosan dok hadap muka aku. Si Encik Kely plak telah berjaya menghempas henfon beliau sampai berkecai pastu nyesal sebab susah nak kontek nan aku. Padan muke die. Padan muke aku jugak sebab buat dia marah pastu rindu gile. Huh. Padan muke duadua. Rindu ouh! 

Tahu tak aku belom amek slip exam? Kambeng la weh! KPTM memang sume lembab eh? Mulamula CMS aku problem. Tak boleh nak bukak. Lepas tu dah pergi adu, dia kata lepas ni da bole bukak. Tak boleh ponnnn.... Aku nak buat SIE macam mana kalau CMS tak bole bukak?! Nak amek slip macam mane kalau SIE tak buat lagi. Hari selasa nak exam hari isnin baru nak setelkan ke prob aku?! Aku buat aduan kang ade mulut bacen bau taik cakap "Awak tak layak nak persoalkan system bla bla bla..," Oh pergi mati lah! 

Tibatiba rasa macam perengan first n second macam takde kene mengene. Haha.. Copcop. Ade lah. Duadua buat aku bengang! BENGANG wehh...